Ulasan Buku Things Fall Apart karya
Chinua Achebe\
Tajuk Novel : Terlerai Dan Berkecai (Things
Fall Apart)
Penterjemah : Nazel Hashim Mohamad Terbitan :
Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM)
Tahun Terbitan : 2010
Bilangan Halaman : 249
“Kisah-kisah biasa yang diangkat menjadi sesuatu yang luar biasa. Novel
ini telah dialih bahasa ke bahasa Melayu oleh ITBM 2010. Penterjemahnya Nazel
Hashim Mohamad. Kisah kehidupan seharian sebuah puak di Afrika (mungkin
Nigeria). Okonkwo merupakan watak utama dalam novel ini punya 4 orang isteri.
. Ayahnya seorang pemalas dan
dianggap tiada taraf dalam kehidupan puaknya. Menyedari pandangan sinis
masyarakat puaknya menyebabkan Okonkwo berusaha keras untuk membina imej yang
baik dalam kehidupannya. Keberanian dan keperwiraan merupakan satu-satunya
peluang yang ada lalu kelebihan ini digunakan oleh Okonkwo untuk menaikkan darjatnya
pada pandangan masyarakat puaknya. Dia berjaya. Akhirnya dia beroleh kekayaan
sehingga mampu punya banyak isteri. Hasil keladinya juga banyak dan makanan
lebih daripada mencukupi untuk keluarganya. Kedatangan agama kristian telah
mula menyebabkan masyarakat puaknya berpecah. Masyarakat puak yang selama ini
mendukung tinggi amalan nenek moyangnya telah diganggu gugat oleh orang putih
yang datang menyebarkan agama kristian. Anak lelaki kesayangannya iaitu Nyowe
yang diharap-harapkan untuk menggantikan kemasyurannya pada pandangan
nasyarakat puak juga telah masuk kristian.
Okonkwo merasakan suatu penghinaan
apatah lagi darah dagingnya sendiri telah masuk kristian. Amat sukar mereka
mematahkan kedatangan mubaligh kristian kerana mereka turut sama disokong oleh
askar dan pemerintah orang putih. Lebih merumitkan lagi apabila ada antara
pengganut kristian ini terdiri daripada pribumi yang bertindak lebih buruk
daripada orang putih sendiri. Pada akhir cerita Okonkwo membunuh orang suruhan
mubaligh kristian. Menyedari akibat yang akan ditanggungnya, Okonkwo
menggantung diri. Pesuruhjaya telah diminta oleh ahli puak menurunkan mayat
Okonkwo (masyarakat puak tidak boleh menurunkannya kerana menyalahi peraturan
puak dan hanya orang asing yang boleh berbuat begitu). Tambahan pula Okonkwo
merupakan orang berdarjat dalam masyarakat puak itu jadi perlulah orang
berdarjat seperti pesuruhjaya itu yang melakukannya. Membaca novel ini seperti
membaca kehidupan seharian masyarakat puak di Nigeria.
Pengarang bijak menggunakan tempo yang laju
sehingga pembaca rasa tidak sabar untuk mengikuti kesudahan cerita sehingga
habis. Plot atau jalinan peristiwa dalam novel ini dihubungkan dengan begitu
baik antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Kita dapat merasakan
hubungan erat antara tema dan persoalan dalam karya ini dengan kehidupan
masyarakat di Malaysia. Kita sama-sama dijajah. Penjajah menekan cara hidup dan
agama yang nenek moyang kita anuti. Bezanya masyarakat kita mengamalkan ajaran
Islam dan di Okonkwo mengamalkan cara hidup animisme nenek moyangnya. Di sini
JWWW Birch dibunuh manakala di dalam novel karya Chinua Achebe, dia terpaksa
membunuh orang yang sebangsa dengan dia kerana bersekongkol dengan Inggeris.
Begitulah sukarnya hidup di bawah kongkongan penjajah. Ini menuntut kita
supaya lebih berhati-hati dalam berurusan dengan orang luar. Sekiranya
pemerintah kita terjerat dengan perangkap yang sengaja dipasang maka tunggulah
akibat buruk untuk anak cucu kita pada masa hadapan.
Comments
Post a Comment