Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

GOTONG-ROYONG

Sekitar Program Gotong-royong PSS pada 25 Februari 2017

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PSS

Sekitar kursus Kepimpinan Pengawas pada 28 Mac 2017

APAKAH ITU PROGRAM NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

ULASAN BUKU

Ulasan Buku Things Fall Apart karya Chinua Achebe\   Tajuk Novel : Terlerai Dan Berkecai (Things Fall Apart)   Penterjemah : Nazel Hashim Mohamad Terbitan : Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) Tahun Terbitan : 2010 Bilangan Halaman : 249   “Kisah-kisah biasa yang diangkat menjadi sesuatu yang luar biasa. Novel ini telah dialih bahasa ke bahasa Melayu oleh ITBM 2010. Penterjemahnya Nazel Hashim Mohamad. Kisah kehidupan seharian sebuah puak di Afrika (mungkin Nigeria). Okonkwo merupakan watak utama dalam novel ini punya 4 orang isteri.         . Ayahnya seorang pemalas dan dianggap tiada taraf dalam kehidupan puaknya. Menyedari pandangan sinis masyarakat puaknya menyebabkan Okonkwo berusaha keras untuk membina imej yang baik dalam kehidupannya. Keberanian dan keperwiraan merupakan satu-satunya peluang yang ada lalu kelebihan ini digunakan oleh Okonkwo untuk menaikkan darjatnya pada pandangan masyarakat puaknya. Dia berjaya. Akhirnya dia beroleh kekayaan sehi
BENGKEL NILAM DITAMBAH BAIK 5 MEI 2017
MINGGU PSS SMK SUBANG 2017
Siapa itu Al-Farabi ? Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-F